Monday, January 11, 2010

Balik Kampung!!! Ho ho ho balik kampung

Setelah hampir 8 tahun tercampak ke utara Sarawak di Bandaraya Miri, hampir 1000 km dari kampung halaman, akhirnya pada Julai 2009 aku dihantar kembali menaburkan bakti di daerah halamanku di Samarahan. Suka dan duka bercampur baur, dalam senyuman ada linangan air mata. Hampir 8 tahun aku berpijak di bumi Miri, menikmati barang-barangnya yang mahal harganya, menghirup wangian belacan Miri, menyusuri jalannya yang bebas dari sebarang kesesakan, bergelumang dengan cerita sensasinya, berhimpit dengan orang 'offshore' dan orang Brunei yang kaya malah keringat inilah yang mengalir bagi mempastikan Miri bergelar bandaraya. Manakan dapat dilupakan, Miri, di sini lahirnya empat puteriku, Miri adalah stesen pertama aku bergelar penjawat awam, di sini teman-teman kutinggalkan meneruskan kehidupan sendiri bersama orang baru yang menggantiku. Aku telah sebati dengan harum busuknya, dengan deburan ombaknya, kisah-kisah tragisnya hinggakan Miri ku rasakan kampung halamanku juga. Berbagai karenah menjadi tatapan saban hari. Berbagai jenis manusia ditemui. Berbagai kisah lucu, sedih, suspen dan lain-lain lagi dihadapi setiap hari. Jiran selang sebuah rumah aku rupanya sekampung dengan ku di Samarahan, walaupun telah lebih 4 bulan kami berjiran. Bila emakku datang menjenguk ketika anak sulung aku lahir, barulah kami tahu. Jiran sebelah rumah pula pernah diserang along memusnahkan harta mereka hingga aku kecut perut jadinya.

Rumahku di Kampung Luak dalam pembinaan


Puteri kesayanganku. Semuanya anak Miri

2 comments:

  1. Hello uncle Ajak..kamek cikgu Thomas dari tebedu..baru jak 3 tahun sia..thnks kerana info yang berguna dan menarik.tertarik sangat dengan info perjalanan ke pontianak-sambas..Yalah bukan apa bru jak sia pling kuat kat depan ya nak kedei kedei biasa aja..Dalam rancangan maok travelling ngan kawan sama ngajar di serian ke ponti makei kereta mek avanza..bolehkan avanza melalui perjalanan yang mencabar..avanza mek auto transmisi...nak insuran krta ke indon berapa konvert dalam duit malysia..perlukah nukar duit atau mbak duit malaysia..sine nukar duit ya.cadang nak pergi cuti chnese new year thn depan...selamat sik parking/nyimpan kereta malam dan embak moto di kota pontianak???thanks..bnyak bnyak....

    ReplyDelete
  2. Hai... Insuran kereta ke indon perlu di beli di pos pemeriksaan indon di Entikong sebelum Polis mengeluarkan 'road tax'. Insuran ya bergantung kepada berapa lama maok berada di Indon. Kitak boleh pilih 1 minggu, 2 minggu atau sebulan. Untuk Seminggu, Insurannya RP70,000 ++ ataupun RM20.00 lebih ajak. Tukar duit awal2 di Malaysia walaupun di Pontianak memang ada money changer. Avanza should be no problem ke sinun cuma perlu berhati-hati sbb banyak lubang jalan dari Entikong ke Pontianak. Berhati dan bersabar dalam perjalanan dengan tingkah laku org indon. Di Pontianak, kenderaan terutama motorsikal sgt banyak. Mun nak parking malam2, cariklah hotel yang ada parking sendiri seperti Hotel Kini atau Hotel Khatulistiwa Dharma yang agak murah. Sidak hotel ada guard yg menjaga kereta2 tuk. Hotel Kini memang famous di kalangan pelancong dari Sarawak kerana nya dekat dengan pusat jualan kraftangan. Selamat melancong ke ponti...

    ReplyDelete