Lambaian Singa Utara
Demi menyampaikan hajat ibu mertua menjengah anaknya di Indera Kayangan, kami mengatur perjalanan ke sana sambil melihat negeri orang walaupun anak ke 5 aku baru berusia 23 hari dan isteri aku masih dalam pantang. Pelbagai rancangan diatur sepanjang perjalanan. Antara cadangan yang diutarakan agar kami tidak hanya menggunakan lebuhraya malah lebih menggunakan jalan negeri atau persekutuan kerana jalan tersebut lebih memberikan pemandangan yang menarik walaupun agak perlahan.
Konvoi kali ini disertai oleh peserta tetap Angah dengan Honda Stream RZS nya, manakala kakak ipar aku, Kak Iza memandu sendir Kia Spectra manakala aku tetap dengan Wira Sedan 1.5 putih second hand yang baru aku gunakan setahun.
Kami bertolak dari Muar, Johor jam 7.30 pagi 23.11.2010 dan keluar ke lebuhraya Plus di Tol Tangkak. Aku mendahului konvoi seolah-olah aku ni tahu benar selok-belok jalan sedangkan ini bukanlah negeriku. Kalau Sarawak tu, insya Allah, sampai ke Kundasang, Sabah atau ke Pontianak dan Sambas, Indonesia boleh aku tunjukkan.
Dipendekkan cerita kami menggunakan Highway sahaja demi menjimatkan masa. Kami berhenti makan tengahari di Hentian Sungai Perak jam 1.00 tengahari. Setelah berhenti makan dan solat selama 40 minit, kami bertolak semula dan berhenti rehat selama 15 minit di Hentian Rehat Gurun pada jam 4.00 petang.
Berehat di R&R Gurun |
Di Alor Setar, kami meneruskan perjalanan menggunakan lebuhraya Bukit Kayu Hitam dan tidak menggunakan jalan persekutuan seperti kali pertama kami pergi tahun 2006 dahulu. Dari lebuhraya tersebut, kami mengambil lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dan keluar semula di Arau. Kami sampai di Petronas Arau tepat jam 5.30 petang menanti Izam seperti dijanjikan.
Aku menggunakan Google Earth untuk mengenal pasti Petronas tersebut dan Alhamdulillah, tepat jangkaanku. Hujan mula turun ketika kami berhenti disitu. Tidak lama kemudian, abang ipar ku Izam sampai dan membawa kami ke rumahnya yang terletak di antara Arau dan Kangar. Kami sampai ketika hujan lebat. Kami bernasib baik kerana ketika itu, banjir yang melanda negeri utara baru sahaja surut tetapi kami masih dapat melihat kesan-kesannya.
Malam yang kepenatan, kami hanya melayan tv dan facebook di rumah Izam.
Muzium Padi, Kedah |
Sesuatu yang baru bagi kami melihat Muzium Padi ini kerana kebiasannya muzium mempamerkan barang-barang sejarah. Di Muzium tersebut mempamerkan segala yang berkenaan padi termasuk sejarah padi, nama-nama padi, alat-alat untuk bersawah sehinggalah bahasa kerbau. Aku tertarik kepada kucing bodoh, sebuah perangkap tikus yang digunakan petani. Apa yang lebih menarik, di bahagian atas bangunan terdapat sebuah auditorium yang mempamirkan pemandangan disekeliling bukit Keriang. Bila berada di pelantar tersebut seolah-olah kita sedang berada dipuncak bukit tersebut dan ia berputar memberikan kita gambaran 360 darjah bukit tersebut. Lukisannya amat hidup dan dibantu pencahayaan yang tepat sukar kita membezakan lukisan dengan replika.
Di dalam Studio je |
Kami menjamah santapan tengahari yang dibawa di kawasan muzium tersebut yang penuh dengan wakaf-wakaf disediakan kepada pengunjung.
Dari Muzium Padi kami terus menuju ke Bukit Kayu Hitam melalui lebuh raya Alor Setar-Bukit Kayu Hitam. Jika anda memasuki lebuhraya di Alor Setar, anda perlu membayar tol lebuhraya tersebut di sana sebanyak RM1.60 je. Kami memasuki lebuhraya tersebut di Kepala Batas setelah bersolat di sana.
Di Bukit Kayu Hitam kami memandu melalui kaunter pemeriksaan imigresen. Tak perlu tunjukkan passport jika anda memberitahu mereka anda hanya mahu ke zon bebas cukai sahaja. Kawasan Bebas Cukai terdapat sebuah supermarket dan sebuah bazaar menjual barangan Thailand. Lori-lori kontena dari Thailand beratur panjang untuk memasuki Malaysia. Hujan turun dengan lebatnya disertai angin kuat ketika kami memasuki Bazaar.
Bazaar Bukit Kayu Hitam |
Jam 5.30 petang, barulah kami selesai menerokai kawasan tersebut dan mula bergerak ke Jeti Kuala Perlis untuk menikmati Laksa Perlis. Kami sampai ketika hari hampir gelap. Izam dan keluarganya pergi sembahyang manakala kami yang bermusafir mula menikmati laksa. Bayi kami yang baru berumur 24 hari mula menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan mungkin kerana keletihan setelah berjalan seharian. Aku terpaksa balik dahulu kerumah walaupun Izam belum lagi makan. Aku disertai Angah dan Kak Iza balik dahulu walaupun kami bukanlah mahir jalan di Perlis. Berpandukan papan tanda jalan, akhirnya aku berjaya juga menemui jalan kembali ke rumah Izam.
Masjid Ubudiah |
Istana Kenangan |
Taman Air |
Setelah check in, anak-anak mula mendesak untuk pergi ke Taman Air. Bayarannya agak mahal jika dibandingkan dengan permainan yang disediakan. Kami bermain air sepua-puasnya sehingga jam 8 malam.
Dalam Feri ke Pulau Pangkor |
Di Pekan Pangkor |
Lunch @ 3 pm. Lapar.... |
Kerana ingin melihat pemandangan lebih menarik, kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan biasa saja menuju ke Klang. Kami menggunakan Laluan 5 dan dan melalui Sabak Bernam, Sungai Besar,Sekinchan, Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Traffik tidaklah sesak dan kami bergerak 80 km/j. Laluan 2 lorong mempercepatkan pergerakan kami. Kami sampai ke Kapar ketika hari mula gelap lebih kurang jam 7.30 petang. Hujan turun renyai-renyai menyukarkan aku melihat papan tanda jalan, manakala Angah dan Kak Izah hanya mengikut aku dari belakang. Ada juga aku menerima SMS bertanyakan bila hendak masuk highway. Agaknya telah penat. Aku bukannya mahir benar jalan di Klang, dan yang pasti, kami main redah je. Akhirnya jam 8.00 malam kami sampai ke Bandar Klang, bandar di mana aku pernah bersekolah semasa tingkatan 4 dan 5 di Kolej Islam Klang. Hajat hati untuk melalui sekolah aku tersebut tidak kesampaian kerana hari telah gelap. Akhirnya di Klang kami memasuki Lebuhraya Persekutuan setelah dua kali berpusing di sebuah bulatan kerana kurang pasti simpang yang perlu diambil.
Kedai Bebas Cukai |
Istana Kenangan |
Rombongan di rumah Izam |