Setelah terjawabnya persoalan bilakah Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan, maka sahlah perjalanan ini akan diteruskan. Biarpun semua persediaan telah di buat, sekiranya DUN dibubarkan sebelum perjalanan ini, kami harus melupakan sahaja rancangan ini kerana sudah semestinya cuti kami dibekukan bagi menghadapi pilihanraya DUN Sarawak.
12.3.2011
Setelah mendapat restu dari penolong aku di pejabat, sempena cuti sekolah pertengahan penggal pada Mac 2011, kami bertolak dari rumah masing-masing seawal jam 7.00 pagi, Sabtu, 12.3.2011. Kami berhenti makan di Taman Rekreasi Bukit Sebangkoi dalam bahagian Sarikei jam 12.00 tengahari. Kami tidak melalui Bandar Sibu sebaliknya melalui Jambatan Durin. Jalannya yang telah siap di naik taraf dan kenderaan yang tidak banyak mempercepatkan perjalanan kami. Cuma apa masih menyedihkan adalah keadaan jalan dari Selangau hingga ke Bintulu. Lubang dan jalan pecah disepanjang jalan sedangkan ini adalah jalan utama. Kami sampai di Miri jam 7.30 malam dalam keadaan hujan dan gelap. Jali bermalam di rumah adik iparnya, aku menikmati makan malam di Gerai kampong Wireless. Malam tersebut kami bermalam di rumah Abang Aziz di Taman Tunku.
Melalui Bandar Limbang |
Ahad, 13.3.2011, kami bertolak dari Miri 7.45 pagi. Hari ini kami disertai lagi oleh kawan isteriku Lin dan Faizal, suaminya menggunakan Honda City mereka. Kedua mereka cikgu dari Kelantan yang bertugas di Miri. Kami melepasi check point Sg Tujuh jam 8.30 pagi dan meneruskan perjalanan ke check point seterusnya di Kuala Lurah/Tedungan menggunakan jalan tikus di Tanjong Maya. Di pertengahan jalan aku terpaksa berhenti di tepi jalan setelah menyedari Jali tidak lagi mengekori kami di belakang. Setelah menunggu beberapa minit, Jali pun sampai. Rupanya mereka singgah di stesen minyak Shell untuk ke tandas, tetapi tandasnya dikenakan bayaran RB1 (RM2.40). Kami sampai di Kuala Lurah/Tedungan jam 10.30 pagi dan terpaksa beratur 1 jam bagi melepasinya kedua-dua check point. Di Limbang, kami dijemput ke Majlis Perkahwinan ipar Jali. Kebetulan rumah tersebut di tepi jalan ke Temburung. Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami.
Tumpang makan kenduri |
Jam 2 petang kami telah bertolak dari rumah pengantin menuju ke Temburung. Tidak banyak kenderaan beratur menaiki feri mempercepatkan perjalanan kami. Kami melalui Temburung, check point Labu dan check point Lawas di Mengkalap telah siap dibina dan kami tidak perlu lagi singgah di Trusan. Jambatan batang Trusan juga telah siap dan kami tidak lagi menggunakan feri. Kami meneruskan lagi perjalanan tanpa henti melalui Lawas, Merapok, memasuki Sabah di Sindumin. Aku sendiri tak tahu apakah keistimewaan penduduk Sarawak kerana mereka tak perlu melaporkan diri di Imigresen Sabah di Sindumin ketika memasuki Sabah sedangkan penduduk semenanjung perlu berbuat demikian. Zohor dan asar di jamakkan ketika kami berhenti di Masjid Sipitang. Kami sampai ketika azan Asar jam 3.40 petang.
Ekzos Kenari Jali |
Bandaraya KK dari balconi apartment |
14.3.2011
Esoknya 14.3.2011, Isnin, seawal 7 pagi aku dan Jali dan isteri masing-masing telah pergi ke pasar membeli ikan dan sayuran untuk di masak. Agak sukar memilih ikan kerana ikan-ikannya besar-besar belaka. Ikan Kerapu, tongkol dan Siakap semuanya bersaiz hampir 2 kaki panjangnya. Kami membeli kerapu dan sotong untuk makan tengahari. Jam 9.30 pagi kami telah keluar semula menuju ke Muzium, tetapi selepas itu aku dan Jali mencari workshop untuk mewelding ekzos yang patah tersebut. Di Putatan, barulah bertemu bengkel yang memang pakar ekzos. Selesai membaiki, kami kembali ke Muzium dan mendapati mereka yang lain telah berada di Muzium Tamadun Islam.
Dari situ kami melawat pula Masjid Negeri di Sembulan, dan kemudiannya Bukit Bendera atau Signal Hill bagi menikmati pemandangan seluruh Bandar KK. Selepas itu barulah kami balik ke rumah menikmati makanan tengahari yang dimasak oleh pembantu rumah aku.
Petangnya kami keluar semula ke Pasar Filipin jam 3 petang. Tetapi sebaliknya aku menuju ke Kedai Jamilah di Sinsuran kerana ada yang kata di sana lebih murah perhiasan dan barangan kraf tangannya. Masalah utama yang di hadapai adalah parking. Setelah berpusing beberapa kali, barulah kami mendapat tempat meletak kereta. Tidak hairanlah, penduduk KK meletak kenderaan dengan bermacam gaya.
Gaya parking orang KK |
mandi manda di Tg Aru |
Malam itu, Jali masak untuk makan malam. Seetelah kenyang makan kami mengunjungi pula One Borneo. Agak lewat untuk mengunjunginya bagi sebuah kompleks membeli belah terbesar di Borneo itu. Kami hanya sempat pergi ke kedai Popular kerana anak-anak aku terlalu mendesak untuk membeli buku. Kami balik dan menghantar anak-anak ke Apartment. Aku dan isteri aku dan Jali keluar semula kot-kot pasar malam masih di buka, tetapi hampa. Kami hanya makan ABC yang mahal, RM3 satu mangkuk. Mungkin juga mereka mengambil kesempatan ke atas orang luar.
15.3.2011
Selasa, 15.3.2011. Mengikut jadual, kami sepatutnya bertolak ke Kundasang awal pagi ini. Tapi memandangkan kawan sebilik isteriku di UIA, Siti Mahani dari Pahang yang akan menyertai kami akan tiba dengan kapal terbang jam 10.30 pagi, aku dan isteriku dan Jali serta isterinya pergi lagi ke pasar untuk membeli lauk-lauk untuk BBQ di Kundasang nanti. Setelah check out dari hotel, kami sempat singgah di Memorial Double Six dalam perjalanan ke lapangan terbang. Memorial itu adalah bagi memperingati kemalangan kapal terbang yang mengorbankan ketua menteri Sabah, Tun Fuad Stephen dan pemimpin kenamaan negeri pada 6.6.1976. Ia adalah lokasi di mana kapal terbang itu terhempas.
10.45 pagi, Siti dan anaknya telah berada di perut kereta kami. Tanpa berlengah, kami pun bertolak ke Kundasang jam 11.00 pagi. Kami sempat juga singgah mengambil gambar jambatan gantung Tamparuli yang terkenal dengan lagunya tersebut.
Jambatan Tamparuli |
Perjalanan menaik bermula selepas bulatan persimpangan pekan Tamparuli dan terus menaik dan menaik, Aku hanya menggunakan gear over drive dan memotong kenderaan perlahan di laluan memotong. Jam 1.00 tengahari kami sampai ke Taman Negara Kinabalu HQ dan berhenti makan tengahari dari bekalan kami di wakaf yang dibina di tepi jalan dalam Taman Negara tersebut. Selesai makan kami menuju ke Timpohon Gate di mana pendakian gunung kinabalu adalah bermula di sini. Hujan lebat ketika kami sampai menghadkan pandangan kami. Kami turun semula dan singgah di Galeri Taman Negara. Ia hampir tutup ketika kami sampai. Hari sudah lewat dan kami harus sampai ke Kiram’s Village yang di tempah dan entah di mana letaknya di Kundasang.
Insyirah asyik BBQ |
Malamnya kami BBQ makanan yg kami beli pagi tadi di anjung chalet kami. Alat BBQ boleh diperolehi dengan bayaran RM10. Resort ini mengikut konsep ‘add in’ Tune hotel. Jika anda hendak menggunakan seterika, RM10, Astro RM10 (Family) dan RM15 (sport). Makanan lambat masak kerana cuaca sangat sejuk. Wap keluar dari mulut dan kami tak mampu mandi apatah lagi pemanas air rosak pada suhu di bawah 16’c.
16.3.2011
Anggota rombongan cik kiah |
Pagi esoknya 16.3.2011, Rabu, kami check out jam 8.30 pagi dan destinasi pertama adalah Memorial Perang Kundasang. Memorial ini memaparkan sejarah ketika penjajahan Jepun di Sabah. Ketika itu lebih 2400 orang tahanan perang terdiri dari warganegara Asutralia dan Britain terbunuh dan hilang dalam tahanan di Sandakan ke Ranau. Di sini di bina tugu dan taman peringatan yang indah dan dijaga baik memperingati askar-askar yang terkorban dan hilang tersebut. Terdapat juga senarai nama-nama mereka yang hilang dan terbunuh. Berada di memorial ini menyedarkan kita betapa kejamnya peperangan.
Kiram's Village |
Destinasi terkahir sebelum kami balik ke KK ialah Poring Hot Spring. Cadangan untuk melawat ladang Teh Sabah di sebelah tagal ini di batalkan kerana kesuntukan masa. Di kolam air panas kami berendam air panas setelah menikmati makan tengahari yang di masak di chalet pagi tadi. Lauk udang galah masak kari sangat membuka selera, apatah lagi masa kelaparan. Bayaran masuk adalah untuk ‘Conservation Fee’ sebanyak RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak sama untuk bayaran semua Taman Negara di Sabah. Satu tiket ini sah untuk mana-mana taman Negara di Sabah untuk hari yang sama sahaja.Terdapat juga kolam tertututp terutama untuk wanita dengan bayaran RM15 sejam. Dalam kawasan yang sama, terdapat taman air mini, tetapi kami harus membayar lagi RM1 seorang. Anak ke 3 Jali dengan selambanya bertanya kepada pejaga tiket sambil menunjukkan tiket Taman Negara “Tiket ni tak boleh pakai ke?”
Kolam Air Panas Poring |
Tamu Kundasang |
Setelah meletak barang-barang ke rumah, Jali terus pergi ke pasar malam tanpa dapat disabarkan lagi. Aku hanya ke sana setelah makan bersama isteriku dan Siti. Di pasar malam, kami membeli sedikit cenderahati, dan sememangnya lebih murah daripada pasar Phillipin.
17.3.2011
Kedai Jamilah |
Bandar Limbang malam hari |
Malamnya aku menjamu anak-anakku KFC, Aku dan isteriku pula makan malam di Restoran kegemaranku Restoran Tomyam Seafood.
18.3.2011
Bandar Seri Begawan |
Masjid Omar Ali Saifudin, BSB |
Setelah bersembahyang, kami menuju ke Centre Point di Kampung Serusup, Jalan Muara tidak jauh dari Lapangan Terbang untuk membeli belah dan makan tengah hari. Kebanyakka restoran di Brunei di milik oleh Mamak. Aku makan di restoran Melayu yang menghidangkan makanan melayu dan barat. Nasi goreng cina RB3.50 satu pinggan, Nasik Daging Lada Besar, RB4.50 satu pinggan, Air milo ais RB2.00 satu gelas, tapi jika di convert ke RM ia lebih 2 kali ganda lebih mahal dari harga Malaysia. Aku hanya membawa RB41.50 (RM100.00) ke Brunei untuk makan tengahari dan membeli sedikit cenderahati. Pilihan lain ialah Nasi Ayam Singa ataupun Singapore Chicken Rice di Malaysia berharga RB3.90 satu pinggan ataupun RM9.63 sedangkan di Malaysia hanyalah RM4.50 untuk satu set berserta air sirap.
Di situ juga terdapat kedai cenderahati dengan harga yang lebih munasabah. Antara cenderahati yang di jual ialah pemotong kuku, pen, baju, topi dan lain-lain. Jika ingin membeli belah di sana, pastikan wang anda mencukupi.
Lazy Donkey mengepam minyak di Seria |
Setelah makan kami bertolak balik ke Miri. Sebelum itu kami singgah di Seria untuk melihat beberapa pam Minyak daratan yang di kenali sebagai ‘Lazy Donkey’ setia mengepam Minyak dari perut bumi. Kami sempat juga mengelilingi pekan Kuala Belait dan barulah menuju ke Sungai Tujuh.
Di Miri kami tinggal di Imperial Apartment dengan bayaran RM253.00 net. Kami check in jam 8.00 malam dan 8.30 malam anak-anak aku telah terjun ke kolam renang. Kolam di buka sehingga jam 9.00 malam. Tepat jam 9 malam, anak-anak ku telah menggigil dan keluar dari kolam dengan sendirinya.
19.3.2011
Esoknya Sabtu, 19.3.2011 adalah hari kami akan kembali ke Samarahan. Seawal pagi aku telah keluar membeli Sarapan di Restoran Nasi Lemak Rasa Segar. Setelah sarapan di bilik, aku dan isteriku keluar menjenguk rumahku di Kampung Luak yang ku sewakan. Sedih melihat rumput di halaman rumah tidak berpotong. Mengikut kata penyewa, mereka tidak berkesempatan kerana masing-masing sedang menjalani latihan praktikal. Sempat juga menziarahi kak Limah dan abang Raili serta Masri, jiran sekampung sebelum balik ke bilik dan berkemas untuk bertolak. Sebelum bertolak, kami sempat juga singgah di Taman Awam. Anak-anak Jali mandi sepuas-puasnya di kolam air tersebut. Kami bertolak juga akhirnya jam 11.00 pagi menuju ke Bintulu, 208 km dari Miri. Kami sampai di Bintulu jam 1.30 petang dan menjamu selera di restoran kegemaranku juga di Restoran Masakan Panas. Menu kegemaranku adalah Tom Yam dan Daging Goreng Bodoh. Setelah makan, kami singgah sebentar di rumah kakak ku di Kidurong dan setelah bersembahyang, kami bertolak dari situ menuju ke Kuching jam 4.00 petang. Kakak aku terkejut mendengar kami akan meneruskan perjalanan kerana jam telah lewat petang, tetapi kami harus balik tak kira pukul berapa kami sampai ke Kuching memandangkan baju kotor terlalu banyak dan baju bersih sudah tidak mencukupi lagi.
Perjalanan pada mulanya perlahan kerana banyak lori dan treller. Akhirnya kami dapat juga memotongnya dan kami sampai di Sibu Jaya, Sibu jam 7.00 malam. Kami meneruskan perjalanan jam 8.15 malam setelah bersolat dan sampai di R&R Betong jam 10.30 malam setelah mengalami rasa mengantuk yang amat sangat. Apatah lagi, semua yang lain tidur dengan nyenyaknya. R&R tersebut telah gelap ketika kami sampai. Hanya satu gerai yang masih bertuan kerana tuannya sedang makan sambil menonton tv. Kami meminta jasa baik peniaga tersebut untuk membuat air kopi Radix dan mengisi di dalam botol air mineral. Nasib baik peniaga tersebut tidak keberatan kerana mereka masih ada lagi air panas. Setelah memakan bekalan yang kakak ku beri, kami bertolak semula tetapi mata telah sedikit segar. Kami singgah lagi di hentian persimpangan Sri Aman untuk ke tandas. Peniaga masing-masingnya hendak menutup kedai. Kami bertolak semula ke Kuching jam 11.45 malam. Cahaya bulan yang terang banyak membantu perjalanan kami menyebabkan aku tak perlu menggunakan lampu tinggi. Tidak banyak kenderaan di jalan. Hanya beberapa buah kenderaan di temui di sepanjang perjalanan.
Kami sampai ke Serian, 60 km dari Kuching jam 1.00 pagi ketika mata telah mula mengantuk semula. Setelah membasuh muka di Shell yang telah tutup, kami teruskan lagi perjalanan dan akhirnya aku sampai ke rumah ku di Kampung Muara Tuang jam 2.05 pagi. Tanpa mengangkat barang-barang, kami terus masuk ke rumah dan terus tidur kepenatan setelah menempuh perjalanan yang melalui Sibu, Bintulu, Miri, Brunei, Limbang, Temburong, Lawas dan KK, Kundasang, Ranau di Sabah dan kembali semula ke Samarahan yang sejauh lebih kurang 3100 km.
Gunung Kinabalu |
Salah satu puncak Kinabalu |
Sunrise at Kundasang |
Pandangan dari padang golf |
Kinabalu Golf Club, the highest golf range in South East Asia |
Di Kiram's Village |
Along dan Angah |
Chalet kami di Kiram's Village |
Kapal Nelayan di KK |
Ikan di Tagal Sg Moroli |
Di Taman Peringatan Perang, Kundasang |
Azrin |
Mandi manda di Kolam air panas Poring |
Jambatan Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku
Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli
Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi
Ulang (semua)
No comments:
Post a Comment